Search Box

On Line Discount Store

POSTINGS

Search This Blog

Tuesday, April 24, 2007

DEBAT ANJURAN UIAM

KOLEJ Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Alam Shah (SAS), Putrajaya muncul juara Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia 2007 yang berlangsung di Auditorium Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, semalam.


Pada pertandingan merebut Piala Tun Sri Lanang dan Piala Munsyi Abdullah, MCKK selaku pasukan pembangkang menewaskan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya bagi kategori Bahasa Melayu yang membahaskan tajuk Peperangan Adalah Jalan Terbaik.

Sementara, SAS selaku pembangkang menjuarai kategori Bahasa Inggeris dengan mengetepikan pencabarnya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh dalam tajuk This House Believe As That Open Source Software Should Be Made Mandatory In Government Offices.

Dengan kemenangan itu, MCKK yang dibarisi pendebat Aslam Abd Jalil, Mohd Amirul Asyraf Mohd Hanaffi, Muhammad Affendy Hasni dan Mus’ab Abdul Manan (simpanan) menerima Piala Tun Sri Lanang, wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pasukan SAS yang diwakili Darimi Saadon, Muhammad Khalid Azizuddin, Nuruddin Abdul Aziz dan Hairul Abdul Rashid (simpanan), memperoleh Piala Munsyi Abdullah, wang tunai RM2,000, piala iringan serta sijil penghargaan.

Kedua-dua sekolah turut mencatat kejayaan berganda apabila Darini dan Muhammad Affendy diumumkan pendebat terbaik pertandingan akhir. Masing-masing menerima wang tunai RM300, piala iringan dan sijil penghargaan.

Naib johan kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pendebat terbaik keseluruhan dimenangi Muhammad Affendy bagi kategori Bahasa Melayu, manakala Muhamad Zuhri Kamil Mohd Sapii bagi kategori Bahasa Inggeris.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia 2007 ditaja TIME Engeneering Bhd sebagai penaja utama, selain Petronas, Kesatuan Alumni UIAM dan IIUM Holdings Sdn Bhd, manakala akhbar Berita Harian selaku media rasmi.

Pertandingan tahun ini menyaksikan penyertaan terbanyak 162 pasukan membabitkan 810 peserta dan guru pengiring.

Berita Harian Sabtu 21 April 2007

BBBooootu, 21 April 2007

Sabtu, 21 April 2007


1 comment:

gracie said...

There are many affordable web hosting companies out there that are terrific for the beginner. These can be perfect companies for you, but you should be aware of the differences between versus paid. With a host you are obligated to their terms, their specific templates, they usually place their own ads on your web pages and you do not get your own domain name (www. Whatever you want. Com). These hosts perfect for the person looking to create a hobby and not earn any money with their website. If you are serious about earning an income with your website then you definitely should purchase your web hosting. People/customers will take your much more seriously if you have your own domain name because they’ll know that you are serious about your business.

Search Box